Thursday, September 17, 2009

Majlis Khatam Quran... IPD Perak Tengah

YDH Ketua Polis Daerah Perak Tengah sedang menyampaikan cenderahati kepada para peserta. Majlis ini berlangsung pada 17/10/2009 jam 6.00petang.





Kpl Yusri dari HEA....Orang kuat surau nihh










Anak Kpl Yusri yang tidak ketinggalan mengambil bahagian




Antara anggota perkep juga turut hadir sama dalam majlis ini.




Ustz Wiee (nama glamour) sebagai kepala dalam majlis pada petang tst.




Tuesday, September 15, 2009

Mai Pakat Tgk Citer Hang Tuah Gagal SPM




Moral: Belajar bersungguh-sungguh Nohh... Jgn dok merempit dan clubing je..

Monday, September 14, 2009

DURIAN RUNTUH...JOMMM

SPECIAL OFFERRRR....SELAGI STOK MASIH ADA...

Jommmm...jangan lepaskan peluang yang masih ada....Tawaran sah sehingga 22/09/2009. Siapa cepat dia dapat.... Jangan sia-siakan peluang yang datang setahun sekali.
Warghhhhh....tungguuuuu.... Saya nak dapatkan Durian runtuhhhhhh tuuuu..

SALAM KEMAAFAN DI BULAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum w.b.t diucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga di bulan yang barakah ini, seluruh umat islam dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh gembira dan dapat melakukan amal ibadat dengan tenteram dan aman hendaknya. Semoga dibulan yang baik ini, diperbanyakkan amal ibadat, amal jariah dan bersedekah. Di kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua sekiranya disepanjang perkenalan @persahabatan ada saya melakukan kekasaran perbuatan atau lidah. Semoga dengan kemaafan tersebut anda semua akan mendapat lebih banyak keredhaan allah s.w.t.

Saya juga menyeru semua kenalan-kenalan bersama-sama kita perbanyakkan amal ibadat yang sesungguhnya tiada bulan yang penuh keberkatan selain di bulan Ramadhan ini. Ambillah kesempatan@ peluang yang ada ini.

Saya juga suka mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat handai semua supaya jangan kita lupa untuk membayar zakat fitrah. Ini kerana zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajid kita tunaikan.

Firman Allah s.w.t : " Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat". (al-baqarah:110).

Allah s.w.t juga berfirman berbunyi: " Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka itu dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (at-taubah:34)

Ahnaf bin Qais berkata: Pada suatu ketika, saya berada di dalam kumpulan orang-orang Quraisy, kemudian lalulah di situ Abu Zar dan berkata: " Beritahu kepada orang-orang yang suka menyimpan hartanya dan tidak suka berzakat, bahawa mereka itu akan ditusuk dengan api di punggung mereka sehingga keluarlah besi itu pada perutnya dan ditusuk di tengkuknya sehingga keluarlah besi itu pada dahi mereka".

Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya zakat. JADI TUNGGU APA LAGI KAWAN-KAWAN.....JOM PAKAT PI BAYAR ZAKAT.

Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka Puasa, Selamat bertarawih dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI Dan jangan lupa Sembahyang Raya....

Wednesday, September 9, 2009

TEMPAT KERJA SAYA... IPD PERAK TENGAH SERI ISKANDAR

Pada 21.08.1999,Cadangan Perolehan Perumahan PDRM 138 unit dan Sebuah Bangunan Pentadbiran IPD Perak Tengah di Seri Iskandar, Perak telah dibina di atas tanah seluas 27.29 ekar. Projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar ini telah dimulakan dengan kos sebanyak RM 19.183 juta. Tender pembinaan Projek ini telah diperolehi oleh syarikat GALORE DEVELOPMENT SDN.BHD. Pembinaan projek ini dijalan secara Design and Build. Tarikh siap projek ini adalah pada 21.08.2001 namun sehingga penghujung tahun 2002, projek ini masih belum siap dibina. Pada 6 Ogos 2003 kontrak pembinaan telah ditamatkan. Kegagalan pihak pemaju menyiapkan projek pembinaan IPD Perak Tengah di Seri Iskandar telah menjadi projek gajah putih. Pada penghujung tahun 2005, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membuat lawatan ke tapak projek Ibu Pejabat yang terbengkalai ini dan Dato Seri mengarahkan projek pembinaan ini disambung dengan kadar segera.

Pada 17hb Ogos 2006 tender baru dibuka dan telah di perolehi oleh Kontraktor Suria Gemilang Sdn. Bhd dengan kos pembinaan sebanyak 28.562.612.78 juta. Pihak pemaju telah masuk ke tapak menjalankan kerja-kerja pembinaan pada 26hb Disember 2006. Tempoh masa kontrak baru ini adalah selama 15 bulan dan tarikh siap projek adalah pada 26hb Mac 2008. Namun begitu pihak kontraktor memohon Extra Of Time (EOT) dan diluluskan tarikh baru siap projek pada 7hb Ogos 2008 dengan kos baru sebanyak RM30,097,865.93 juta. Sijil Siap Kerja atau Certificate Practical Completion (CPC) telah diluluskan oleh pihak perunding Arcadia Archite kepada kontraktor pada 7hb Ogos 2008. Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah siap dibina sepenuhnya. Ibupejabat Polis Daerah yang baru ini mempunyai satu kompleks pentadbiran yang dilengkapi dengan bangunan lapang sasar, bangunan stor peluru, bangunan stor barang kes, bangunan bengkel kenderaan, stesen minyak dan dewan serba guna serta 5 buah lot banglow untuk pegawai berpangkat GO, 12 buah lot banglow semi D untuk berpangkat Inspektor dan 122 buah rumah teres untuk anggota pelbagai pangkat. Pada 18/11/2008 Pihak Majlis Daerah Perak Tengah telah mengeluarkan Sijil Layak Menduduki atau Certificate of Fitness (CF) kepada projek Pembinaan kompleks pentadbiran dan perumah IPD Perak Tengah.

Pada 18/11/2008 penyerahan kunci kompleks pentadbiran dan perumahan dibuat. Dengan adanya CF, kerja-kerja pemindahan terus dirancang oleh pucuk pimpinan IPD Perak Tengah dengan dibantu oleh Jabatan Logistik Perak. Pada 21/11/2008 kerja-kerja pemindahan daripada IPD lama di Parit ke IPD baru di Seri Iskandar bermula. Pada 24/11/2008 Ibupejabat Polis Daerah Perak Tengah yang baru di Seri Iskandar beroperasi sepenuhnya dengan di Ketuai oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Som Sak A/L Din Keliaw. Pada 26/11/2008 jam 11.30 majlis penyerahan kompleks pentadbiran dan perumahan telah diadakan di bilik mesyuarat utama IPD Perak Tengah. Penyerahan Kompleks diantara pihak kontarktor (Suria Gemilang Sdn. Bhd) yang diwakili oleh Pengarah Urusannya En. Mohd Hamdan B. Hashim kepada pihak Kementerian Dalam Negari (KDN) yang diwakili oleh KPSU (PB)R En. Hassan B. Saep (Sudah meninggal dunia) dan seterusnya pihak KDN menyerahkan secara rasmi kompleks pentadbiran dan perumahan IPD Perak Tengah kepada pihak Polis yang diwakili oleh Ketua Jabatan Logistik Perak Supt Mat Puzi B. Ismail. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai penguasa projek (SO) dari Arcadia Archite Sdn Bhd En. Zukiflie B. Amir Samad, Pemangku Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Som Sak A/L Din Keliaw. Pegawai Turus Bangunan Perak ASP Mohamad Ali B. Jali, Ketua Bahagian Logistik Perak Tengah C/Insp Kamarulzaman Bin Harun, Pegawai-pegawai kanan Polis IPD Perak Tengah, wakil-wakil kosultan architect, M&E dan C&S. Setelah sekian lama anggota polis bertugas dalam suasana yang tidak selesa, hari ini mereka semua berasa gembira dan bersemangat untuk menjalankan tugas harian. Semoga dengan ada pejabat baru ini, semua anggota polis Perak Tengah dapat berkerja dengan lebih tekun dan dapat memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih cermelang. Juga diharapkan perkhidmatan sistem kuanter kita juga dapat dipertingkatkan. Masyarakat juga akan berasa lebih selesa untuk berurusan dengan pihak polis. INTEGRITI AMALAN KITA.


Gambar-gambar kompleks Pentadbiran dan perumahan IPD Perak Tengah

Dewan Serbaguna


Surau


Lapang sasar tertutp


rumah anggota


Rumah Inspektor


Rumah GO