Thursday, November 19, 2009

SERI ISKANDAR MTB EXPLORATION 2010 DILANCARKAN

Kepada semua pengayuh-pengayuh basikal MTB, Jom kite gegarkan bandar ilmu Seri Iskandar. Rasailah keindahan yang akan di sajikan nantikan... Pelbagai aktiviti menarik disepanjang program..... JOMMMMMMmmmm kite ke Seri Iskandar Pada: Tarikh: 21/02/2010


Keterangan lanjut Sila Layari: http://www.simtbexploration.blogspot.com/

Saturday, November 14, 2009

Seri Iskandar MTB Exploration

Pada 14/11/2009 7.45 ptg, Ahli jawatankuasa Seri Iskandar Team telah bermesyuarat dan membentangkan kertas kerja kepada Penaung Seri Iskandar Team iaitu YB Mohamad Nizar ( Ahli Parlimen Parit) bagi menjalankan satu program berbasikal. Hasil mesyuarat diputuskan Pada 21/02/2010 tarikh event "Seri Iskandar MTB Exploration" akan dianjurkan. Maklumat lanjut akan akan dipost isnin ini.



Pakchuu sedang memberi ucapan aluan2 selaku pengerusi majlis

Pakchuu, YB Nizar dan sebahagian AJK SIT sedang mendengar taklimat dari S/U SIT En.Salehhan

Friday, November 13, 2009

Ke Tanah Suci Mekah

Pada 11/11/2009 jam l/kurang 8.00 pagi, ibu dan ayah saya telah melangkah kaki keluar dari rumahnya dengan diiringi azan dan doa anak-anak dan orang2 kampung untuk menunaikan rukun islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji. Kedua orang tuaku dijadualkan menaiki bas bersama rombongannya di perkarangan masjid besar Gua Musang dan akan berlepas ke Kelana Jaya. Penerbangan ke Jeddah dijadualkan pada pukul 5.00 pagi 12/11/2009. Kesemua ahli keluarga hanya menghantar kedua orang tua sehingga ke masjid besar Gua Musang sahaja. Semoga kedua orang tua dapat menunaikan haji dengan selamat dan baik serta dimakbulkan mendapat haji mabrur...Amin...

Kedua orang tua saya dan rombongan yang dipimpin oleh Hj Pa telah berjaya berlepas ke Jeddah pada 7.30 pagi (lewat 2 1/2 jam) dengan menaiki kapal terbang saudi arabia airlines bernombor SV 5003.


Ibu dah ayah bersedia hendak keluar dari rumah...Azan dilaungkan oleh imam masjid En. Hamzah dan doa oleh imam masjid Tok Imam Drome (depan tu)

Ibu dan ayah melangkah keluar rumah untuk berlepas

Diiringi oleh Tok Imam Drome


Ibu dan ayah beredar sambil diperhatikan oleh sanak saudara dan jiran tetangga

Sebahagian sanak saudara dan jiran tetangga yang hadir menziarah

Pakchuu dan Abe Umar

Kak Dilah membetulkan lengan baju Mek sambil diperhatikan oleh Kak Yah

Abe Lie sedang memasang sesuatu di beg pakaian ibu dan ayah

Ahli keluarga yang hadir menghantar jemaah haji di Masjid Gua Musang

Antara saudara yang mangiringi mek di Masjid Gua Musang

Ayah masih sempat bermesra dengan anak cucu di Masjid Gua Musang

Saturday, November 7, 2009

Majlis perkahwinan anak KJL

Pada 07/11/2009 jam 11.30 pagi, saya sampai ke Mess pegawai kanan Kontinjen Perak sebagai penyambut tetamu majlis perkahwinan anak bos saya iaitu Ketua Jabatan Logistik Perak Supt Mat Puzi. Segala persiapan yang dirancang hampir 2 bulan berjalan dengan lancar. Terima kasih banyak2 kepada tenaga kerja pada majlis tersebut..... Meriah... Menarik... Menakjubkan itulah ungkapan yang sesuai untuk majlis ini.... Aturcara juga berjalan dengan lancar dan sempurna... Ramai juga tetamu2 VIP yang datang ke majlis ini. Lebih kurang 2000 orang tetamu menghadiri majlis ini... Majlis ini dijayakan secara gotong rotong oleh warga logistik. Saya seperti biasa sempat snap 2@3 gambar untuk tatapan mike2 yang tak sempat hadir ke majlis ini.... Zassssss

Ketua Polis Daerah Perak Tengah bersama isteri pun turut hadir

Orang kuat pada majlis tersebut. T Fadil

Ahli keluarga KJL bergambar selepas majlis

pakchuu dengan bos(KJL)

pakchuu sempat jg bergambar dengan pengantin

Manisnya senyuman Dato Ketua Polis Perak

Supt Wan (KJKA/KTN) bersama isteri

Pengantin berada di meja santapan

Pengantin berarak ke meja santapan

Perghhh...syokknye kawan kite nihhh...

Raja sehari

Pelamin yang berkonsepkan taman

Bendahari kite

Antara tetamu majlis Dato Zainal bekas pengarah Logistik bersama isteri

Diimport khas dari mezium polis

Dato KP Perak bersama Isteri di dalam dewan majlis

KBLD Tapah. T kamarudin sedang memalukan kompang

Dato bersama isteri dan jemputan berarak masuk ke dewan majlis

Tetamu sedang memerhati mempelai yang baru sampai

Mempelai baru sampai

Sebahagian pembantu2 yang menjayakan majlis ini
Nasib baik le ade mike...

Berehat sat...pekena cendol

KAYUHAN SANTAI

Pada 07/11/2009 jam 7.30 pagi, sekali lagi Seri Iskandar Team (SIT) membuat kayuhan santai dari Seri Iskandar (kedai Rahmats) + Parit + Bota + Seri Iskandar. seramai l/kurang 20 orang menyertai kayuhan ini. Saya pun dah lama tak kayuh so, apa lagi inilah peluang nak pecah lemak... Seperti biasalah saya snap 2@3 gambar untuk tatapan umum... jom layannnn...

Team SIT berlepas dari kedai Rahmats

Ambil lap dekat simpang 3 ke Parit

Di dataran Parit... take 5 for drink

Sebahagian peserta kayuhan santai

Pakchuu bergaya bersama jenteranya... dah sampai balik ke SI.

Monday, October 26, 2009

BRAVOOOOO...


Gambo masa hendak pi ke check point 2....bergambo dgn geng kulim hitech.

Sunday, October 18, 2009

Majlis Perkahwinan Sepupu di Kuala Kangsar

Pada hari ahad 18/10/2009, saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya Mohd Izwan dengan pasangan H.Qayyum di Kuala Kangsar... Terima kasih kepada bapa saudara Pok cik Din kerana menyediakan bilik untuk saya sekelurga di Sg. Perak Resort... So, saya satu keluarga ke Kuala Kangsar pada petang sabtu 17/10/2009 dan check in bilik 212... Pada sebelah malam, lepas isyak majlis akad nikah di adakan di masjid (lupa nama apa) di pekan Kuala Kangsar... So sempat jugalah saya snap beberapa gambar untuk tatapan mata.

Chop...chop...pakchuu nak ambil gamba tuhh...dressing la skit...click..

Gambar persandingan selepas majlis akad nikah... Malu2 lg nihhh


puok2 jante bergambar dengan mempelai...

puok2 perempuan bergambar dengan mempelai...

Amin...alhamdulillah...akhirnya penantianku selama ini dimakbulkan jua... tq god.. semoga kami kekal bahagia selamanya

Amin... betul ke nihhh...aku dah jd laki orang ke nihh..isk..isk cam x caye jee... sat sangat... Sesungguhnya aku berjanji akan menjadi suami yg soleh dan bertanggungjawab

Aku terima nikahnya yg tersebut.... Sekali lafaz je terus Sah...


Aku nikahkan akan dikau...bla..bla..bla

Isk...Isk.. cam artis laks mlm nihh..asyik dok posing ambil gambo.... Ya allah redakanlah perasan gemuruhku ini

Org kuat nih...Pok cik din (bapa pengantin) dan Ayah Lie ( Bapa saudara pengantin). Mcm muka pucat je pok cik din tuhh..isk bukan mike nak kawin yob...ape ke helnye..ante

Relaks2...tarik nafas panjang2... apa kadi nk tanya aku nih... rukun iman, imam, al-fatihah iskss... jangan le dia tanya doa qunut laks..haru niiii

Inilah gambo pengantin lelaki...sepupu awok...hensem tak?


Mok cik Ani... Ibu kepada pengantin lelaki... Isk bleh ke anak aku lafaz nanti....

Lelong....lelong... 20 darham...lelong2...20 darham

Rombongan pengantin sampai ke rumah perempuan

Cantik tak?

Ya allah..ghamainye orang... menggigil dah lutut nih..nasib baik bini pegang kuat2


Ok...1,2,3 click...


Isk..berat sungguh hantaran nihh..apa depa bungkus nihhh...buah Epal ke apa?

Kepak...kepong..kepak ...kepong...sila2 masuk ambil tempat...

lambat betul la..bila bleh makan nihh..perut dari tadi berbunyi minta di isi...Sabo2

Beshnya makanan ....nk makan banyak ke skit...

Senyum2....click