Showing posts with label basikal. Show all posts
Showing posts with label basikal. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Program komuniti

Trek Program Basikal Polis Bersama Masyarakat

Alhamdulillah...setelah sekian lama membisu...akhirnya pakchuu kembali semula untuk update blog.... mungkin sebelum ini banyak menyibukkan diri buat2 sibuk... Sapa2 yang daftar untuk kayuhan pbpbm2011 bolehlah study track sepertimana di dalam gambar di bawah....

Open track

Single Track
CP di Kg Orang Asli
Melalui Ladang pisang
Kawasan sawah padi

Friday, March 12, 2010

AKHIRNYA BERJAYA JUGA

Bersyukur ke hadrat Ilahi...Program yang dirancang selama beberapa bulan, dengan pelbagai persiapan yang dirancang...Akhirnya Seri Iskandar MTB Exploration 2010 BERJAYA dianjurkan. Seluruh pengayuh/peminat MTB dari dalam mahupun luar negara datang menjayakan program ini.
Program ini adalah anjuran SIT bersama PDRM, Belia dan Sukan Daerah dan Pusat Khidmat Parlimen Parit P069. Tidak lupa ribuan terima kasih kepada sponsor kami MRCB Land dan UTP.
Semoga anda semua enjoy di SIMTBE2010....Zaaasssssssss




























Monday, January 18, 2010

Track Review For SIMTBEXP2010



Some facts from my garmin:
Distance: 48km (after 2km deducted from wrong road)
Total ascent/descent: 829 meter (645 -for BM MTB Carnival 2009)
Calories: 2460 (2339 – for BM MTB Carnival 2009)
Credit to Adi... plz refer http://adiharriman.com/blog/ our kosultan.

Saturday, January 9, 2010

Meeting SI MTB EXP

Pada 09/01/2010 bertempat di Dewan serbaguna IPD Perak Tengah, Kelab Seri Iskandar Team telah mengadakan mesyuarat kali ke-2 yang mana membincangkan program kayuhan Seri Iskandar MTB Exploration 2010. L/kurang 40 ahli hadir pada mesyuarat tersebut. Semua ahli SIT pada malam tst telah mendaftar sebagai ahli SIT yang sah....

Pengerusi SIT En. Zaidi sedang berucap. AJK2 SIT tahun 2009-2010.

Ahli-Ahli SIT yang hadir pada mesyuarat tst

Ahli2 SIT sedang mendengar taklimat program kayuhan SI MTB Exp 2010

Sunday, December 20, 2009

Warghhhhhhh....

Oleh kerana syok punya pasal berkayuh dengan jentera baru hingga tak sempat untuk berposing. Apa pun jentera baru berfungsi dengan baik di trek offroad tp ada masalah skit on the way balik (jln raya)....rantai ada sangkut2...namun sampai juga umah.... masa kayuh tak bila... sedar2 ada darah di baju.... cek2...alamak sampai bawak pusat dia landing...rezeki dia...... so Zassssssss....



Wednesday, December 16, 2009

Tungguuuuuuu...kemunculannya....

Hampir 6 bulan, 2 jemboree, bermacam2 event disertai....akhirnya berjaya juga disiapkan sepertimana yang diidamkan....menunggu penampilan pertama pada hari sabtu nih.... PUTIH ITU SUCI....Zassssssssss....




Thursday, November 19, 2009

SERI ISKANDAR MTB EXPLORATION 2010 DILANCARKAN

Kepada semua pengayuh-pengayuh basikal MTB, Jom kite gegarkan bandar ilmu Seri Iskandar. Rasailah keindahan yang akan di sajikan nantikan... Pelbagai aktiviti menarik disepanjang program..... JOMMMMMMmmmm kite ke Seri Iskandar Pada: Tarikh: 21/02/2010


Keterangan lanjut Sila Layari: http://www.simtbexploration.blogspot.com/

Saturday, November 14, 2009

Seri Iskandar MTB Exploration

Pada 14/11/2009 7.45 ptg, Ahli jawatankuasa Seri Iskandar Team telah bermesyuarat dan membentangkan kertas kerja kepada Penaung Seri Iskandar Team iaitu YB Mohamad Nizar ( Ahli Parlimen Parit) bagi menjalankan satu program berbasikal. Hasil mesyuarat diputuskan Pada 21/02/2010 tarikh event "Seri Iskandar MTB Exploration" akan dianjurkan. Maklumat lanjut akan akan dipost isnin ini.



Pakchuu sedang memberi ucapan aluan2 selaku pengerusi majlis

Pakchuu, YB Nizar dan sebahagian AJK SIT sedang mendengar taklimat dari S/U SIT En.Salehhan

Saturday, November 7, 2009

KAYUHAN SANTAI

Pada 07/11/2009 jam 7.30 pagi, sekali lagi Seri Iskandar Team (SIT) membuat kayuhan santai dari Seri Iskandar (kedai Rahmats) + Parit + Bota + Seri Iskandar. seramai l/kurang 20 orang menyertai kayuhan ini. Saya pun dah lama tak kayuh so, apa lagi inilah peluang nak pecah lemak... Seperti biasalah saya snap 2@3 gambar untuk tatapan umum... jom layannnn...

Team SIT berlepas dari kedai Rahmats

Ambil lap dekat simpang 3 ke Parit

Di dataran Parit... take 5 for drink

Sebahagian peserta kayuhan santai

Pakchuu bergaya bersama jenteranya... dah sampai balik ke SI.

Monday, October 26, 2009

BRAVOOOOO...


Gambo masa hendak pi ke check point 2....bergambo dgn geng kulim hitech.

Sunday, October 11, 2009

KAYUHAN DI BUKIT MENTAJAM (MENGKUANG DAM)

Tepat pukul 4.00 pagi, saya sudah bangun tidur untuk bersiap-siap kayuhan mengkuang dam. Lepas pekena tosai dekat nasi kandar Nasmir, kami l/kurang 20 oang terus gerak ke mengkuang dam. Mak aihhh...ghamai nyerrr orangggg... Tepat 7.45 pagi, tayar basikal terus bergolek memulakan acara ini. Letih, Penat, Krem, jatuh, basikal rosak menjadi buah mulut para peserta. Kepada yang berjaya menamatkan semua check point...TAHNIAH dan SYABAS di ucapkan kepada yg terlibat.

DIbawah ni...korang tengok le muka2 sendiri.....

Ko tak minum ke Mior? Jgn takut...kang masuk angin lak perut tuhhh..pi..pi order

Posing dr CyclingHam sebelum kayuh...minum di kedai Nasmir nasi kandar

Di rumah tumpangan...

Walaupun sibuk dok setting basikal kawan2 terutama basikal pakchuu...Abg Jamil kita tidak lupa tuntutan ilahi...aminnn...

Semua basikal yg ada masalah bak mai...abg Jamil adeee...


Kat kedai Nasmir...minum sebelum kayuh...


Kelam kabut mamak kat kedai tu asyik dok kena marah kat Tok Megat...Sabo2, nanti tak leh kayuh kang kena sumpah kat Mamak..

Cikgu Zaudi besh je dok pekena roti canai banjir


Ini le sarapan pagi awok...Tosai + Horlick + 2 biji telur 1/2 masak...Errggghhh alhamdulillah


Geng2 CyclingHam nak belepas ke Mengkuang Dam...Baca doa diketuai oleh Ustz Najidi


Ini lerr starting point di Mengkuang Dam...Lambat sampai dah kena dok belakang skali...peserta l/kurang 1500 orang...mak aikhh...bleh menang ke niii


Cam serius je Sallehan tuu, cukup tido ke... Lan tu nengok muke cam x konfiden jeekks...Elek2


Cam ne le...muka ceria jeee... kalau x larat naik lorii....


Go...Goo...ni cam over confiden jeee Ko miee... depan Mie tu Tok Muu ke...ensemnye tukang urut kite tuhhh


Para peserta telah dilepaskan

Laju2 cikgu Zaudi...Muka cam x sabo2 nak kayuhhh... Pergghhh..baru sampai permulaan...punya le jauh dok belakang
Isk...bleh kayuh sampai abis ke nihh...kat depan tu cam bukitt jeee...

Sabo...Yakin bolehhh... Go Go Pakchuu Dekat 3 km jamm....
Udah ternganga2 Pak Nasir kat belakang... Jumpa geng Kulim..Posing jap...Mizi orang kuat Kulim... Bila nk mai kayuh kat SI
Udoh pijurrr muke salehan nihhh.... kira orait le bleh posing lg...cam ngan keupayaan KONA tu..ok ke...
Sat...Sat Tok Megat...Awok nak ambil gambo nii... Laju semcm je mikee...
Sallehan, Pakchuu dan Cikgu Zaudi...Berehat ambil tenaga...sambil tunggu Tok Megat.
Posing sat...sebeno nye masih nihh mental awok udah tinggal 30% dah...pikir2 dah nak naik lori..tp malu kat Ustz yg dok jauh kat depan....tak tunggu awok ye ustz..
Nihhh le trek yang membuatkan mental awok turun sampai 30%


Kesian uncle nihh..udah nyawa2 ikan..nasib baik awok ada bawa biskut TIGER....pekena ngan uncle sebelum panjat bukit ke check point 4.


Nih pun sama gaks...Kalau x silap yang baring tu abang kite dari Salak.

Akhirnyaaa...Saya ngan Tok Muu (Tukang Urut awok mlm td) sampai juga ke penamat. Saya dapat no. 598 dan Tok Muu No. 599. Tahniah Tok Muu walaupun dah nyawa2 ikan...

Posing maut bersama jentera masing2

Clicks...korang semua ni dah makan kee...

Inilah sebahagian geng2 Cycling Ham yang berjaya menamatkan perlumbaan...Tahniah semua... Mior dpt no 114, cikgu emiza No. 227, Dolah 2xx, din 3xx, Jamil 3xx, Pakchuu 598, Tok Megat (lupa nk tanya)