Monday, September 14, 2009

SALAM KEMAAFAN DI BULAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum w.b.t diucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga di bulan yang barakah ini, seluruh umat islam dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh gembira dan dapat melakukan amal ibadat dengan tenteram dan aman hendaknya. Semoga dibulan yang baik ini, diperbanyakkan amal ibadat, amal jariah dan bersedekah. Di kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua sekiranya disepanjang perkenalan @persahabatan ada saya melakukan kekasaran perbuatan atau lidah. Semoga dengan kemaafan tersebut anda semua akan mendapat lebih banyak keredhaan allah s.w.t.

Saya juga menyeru semua kenalan-kenalan bersama-sama kita perbanyakkan amal ibadat yang sesungguhnya tiada bulan yang penuh keberkatan selain di bulan Ramadhan ini. Ambillah kesempatan@ peluang yang ada ini.

Saya juga suka mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat handai semua supaya jangan kita lupa untuk membayar zakat fitrah. Ini kerana zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajid kita tunaikan.

Firman Allah s.w.t : " Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat". (al-baqarah:110).

Allah s.w.t juga berfirman berbunyi: " Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka itu dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (at-taubah:34)

Ahnaf bin Qais berkata: Pada suatu ketika, saya berada di dalam kumpulan orang-orang Quraisy, kemudian lalulah di situ Abu Zar dan berkata: " Beritahu kepada orang-orang yang suka menyimpan hartanya dan tidak suka berzakat, bahawa mereka itu akan ditusuk dengan api di punggung mereka sehingga keluarlah besi itu pada perutnya dan ditusuk di tengkuknya sehingga keluarlah besi itu pada dahi mereka".

Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya zakat. JADI TUNGGU APA LAGI KAWAN-KAWAN.....JOM PAKAT PI BAYAR ZAKAT.

Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka Puasa, Selamat bertarawih dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI Dan jangan lupa Sembahyang Raya....

No comments:

Post a Comment