Monday, December 28, 2009

KENDURI...

Pada tengahari 27/12/2009, majlis persandingan pengantin telah berlangsung di Dewan serbaguna IPD Perak Tengah...Kita Tengok sapa yang hadirr...Zassss

Photobucket
Antara hadirin yg hadir

Photobucket
Rombongan pengantin lelaki

Photobucket
Pengantin lelaki berarak ke dewan
Photobucket
pengantin lelaki disambut oleh pengantin perempuan

Photobucket
Antara VVIP yang hadir

Photobucket
Alunan muzik Ghazal dimainkan

Photobucket
Makan beradap

Photobucket
Pakchuu sedang berposing dengan mempelai.

Pada malam 26/12/2009 bertempat di kediaman rasmi Ketua Polis Daerah Perak Tengah maka bersatulah 2 hati diantara Cik Farhana (anak KPD Perak Tengah) dan En. Hisham dengan disaksikan oleh kaum keluarga di kedua-dua belah pihak.

Tuan KPD Perak Tengah selaku tuan rumah dan juga Bapa Pengantin perempuan memula pembuka bicara mengalu-alukan kehadiran kaum keluarga pengantin lelaki. Disebelahnya adalah besan KPD.

Bakal pengantin lelaki sedang kusyuk mendengar ucapan dari naib kadi sebelum upacara akad nikah berlangsung. Tuan KPD kita juga tidak ketinggalan mendengar ucapan dengan kusyuk sekali.


Aku nikahkan dikau dengan... bla...bla... Aku terima nikahnya...bla...bla...



Sah....sah...Aminnnn...hanya sekali lafaz maka sahlah Cik Farhana menjadi milik En. Hisham...Tahniahh....semua hadiran sedang berdoa...


Gotong Royong warga IPD Perak Tengah memasak dan merebus bunga telur... Sedang masak untuk makan tengahari dan makan malam akad nikah.

Kacau jangan tak kacau...sedang masak teluk itik masak lemak...beshhhh....perghhh

Sjn Radzi selaku ketua memasak telur rebusss....memang sah mike bela hantu Rayaa...

mari mewarna telur...beginilah caranya untuk memeriahkan dan mempelbagaikan warna telur...lepas golek atas pewarna, kena jemur laksss....

Sebahagian warga IPD Perak Tengah yang turut sama membantu...

Kaum Perkep juga adalah orang penting dalam majlis ini...tiada mereka mati kite yobbb... Peminat telur rebus...ustaz amirullll... tu telur banyak nak bawak pi mana?

Sunday, December 20, 2009

Warghhhhhhh....

Oleh kerana syok punya pasal berkayuh dengan jentera baru hingga tak sempat untuk berposing. Apa pun jentera baru berfungsi dengan baik di trek offroad tp ada masalah skit on the way balik (jln raya)....rantai ada sangkut2...namun sampai juga umah.... masa kayuh tak bila... sedar2 ada darah di baju.... cek2...alamak sampai bawak pusat dia landing...rezeki dia...... so Zassssssss....



Wednesday, December 16, 2009

Tungguuuuuuu...kemunculannya....

Hampir 6 bulan, 2 jemboree, bermacam2 event disertai....akhirnya berjaya juga disiapkan sepertimana yang diidamkan....menunggu penampilan pertama pada hari sabtu nih.... PUTIH ITU SUCI....Zassssssssss....




Orang Baru............

Diam...diam... Tambah lagi rezeki....alhamdulillahhh....


Thursday, November 19, 2009

SERI ISKANDAR MTB EXPLORATION 2010 DILANCARKAN

Kepada semua pengayuh-pengayuh basikal MTB, Jom kite gegarkan bandar ilmu Seri Iskandar. Rasailah keindahan yang akan di sajikan nantikan... Pelbagai aktiviti menarik disepanjang program..... JOMMMMMMmmmm kite ke Seri Iskandar Pada: Tarikh: 21/02/2010


Keterangan lanjut Sila Layari: http://www.simtbexploration.blogspot.com/

Saturday, November 14, 2009

Seri Iskandar MTB Exploration

Pada 14/11/2009 7.45 ptg, Ahli jawatankuasa Seri Iskandar Team telah bermesyuarat dan membentangkan kertas kerja kepada Penaung Seri Iskandar Team iaitu YB Mohamad Nizar ( Ahli Parlimen Parit) bagi menjalankan satu program berbasikal. Hasil mesyuarat diputuskan Pada 21/02/2010 tarikh event "Seri Iskandar MTB Exploration" akan dianjurkan. Maklumat lanjut akan akan dipost isnin ini.



Pakchuu sedang memberi ucapan aluan2 selaku pengerusi majlis

Pakchuu, YB Nizar dan sebahagian AJK SIT sedang mendengar taklimat dari S/U SIT En.Salehhan

Friday, November 13, 2009

Ke Tanah Suci Mekah

Pada 11/11/2009 jam l/kurang 8.00 pagi, ibu dan ayah saya telah melangkah kaki keluar dari rumahnya dengan diiringi azan dan doa anak-anak dan orang2 kampung untuk menunaikan rukun islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji. Kedua orang tuaku dijadualkan menaiki bas bersama rombongannya di perkarangan masjid besar Gua Musang dan akan berlepas ke Kelana Jaya. Penerbangan ke Jeddah dijadualkan pada pukul 5.00 pagi 12/11/2009. Kesemua ahli keluarga hanya menghantar kedua orang tua sehingga ke masjid besar Gua Musang sahaja. Semoga kedua orang tua dapat menunaikan haji dengan selamat dan baik serta dimakbulkan mendapat haji mabrur...Amin...

Kedua orang tua saya dan rombongan yang dipimpin oleh Hj Pa telah berjaya berlepas ke Jeddah pada 7.30 pagi (lewat 2 1/2 jam) dengan menaiki kapal terbang saudi arabia airlines bernombor SV 5003.


Ibu dah ayah bersedia hendak keluar dari rumah...Azan dilaungkan oleh imam masjid En. Hamzah dan doa oleh imam masjid Tok Imam Drome (depan tu)

Ibu dan ayah melangkah keluar rumah untuk berlepas

Diiringi oleh Tok Imam Drome


Ibu dan ayah beredar sambil diperhatikan oleh sanak saudara dan jiran tetangga

Sebahagian sanak saudara dan jiran tetangga yang hadir menziarah

Pakchuu dan Abe Umar

Kak Dilah membetulkan lengan baju Mek sambil diperhatikan oleh Kak Yah

Abe Lie sedang memasang sesuatu di beg pakaian ibu dan ayah

Ahli keluarga yang hadir menghantar jemaah haji di Masjid Gua Musang

Antara saudara yang mangiringi mek di Masjid Gua Musang

Ayah masih sempat bermesra dengan anak cucu di Masjid Gua Musang