Sunday, April 10, 2011

Program komuniti

Trek Program Basikal Polis Bersama Masyarakat

Alhamdulillah...setelah sekian lama membisu...akhirnya pakchuu kembali semula untuk update blog.... mungkin sebelum ini banyak menyibukkan diri buat2 sibuk... Sapa2 yang daftar untuk kayuhan pbpbm2011 bolehlah study track sepertimana di dalam gambar di bawah....

Open track

Single Track
CP di Kg Orang Asli
Melalui Ladang pisang
Kawasan sawah padi

Tuesday, May 4, 2010

Kayuhan Terang Malam

Yihaaaaaaaaaaaa.... Akhirnya aku berjaya juga mendapatkan semua sticker check point... so aku dah berjaya tamatkan kayuhan tersebut tanpa chicken loop. Trek?....perghhhh... masa sampai kat check point 2...aku dah tanya marshall mana jalan chicken loop. Tp mereka habaq takde. So dengan frust n tension aku tolak gak basikal ke check point 3. Bukan aku tension bukit tinggi...tp sebab x leh kayuh, tayar basikal dah jadi tayar scembler... Lumpur jangan cakap le... Apa2 pun... Aku rasa besttt sbb tak dahaga sangat dan satu pn biskut aku bawa x disentuh..... So aku nak cakap banyak pn x tau....Tp yang pasti kredit geng kulim coz berjaya anjur kayuh malam...siap ada bunga api lagi....hahahah...korang zasssssssss je lahhhh






Kayuh sorang2 je...masa ni aku dah kena tinggal ngan member

Aku ngan orang kuat Pujmac saudara Assry tengah atur startegi.... Arash (pelakon) tengah kusyuk dok dengar strategi diatur










Friday, March 12, 2010

AKHIRNYA BERJAYA JUGA

Bersyukur ke hadrat Ilahi...Program yang dirancang selama beberapa bulan, dengan pelbagai persiapan yang dirancang...Akhirnya Seri Iskandar MTB Exploration 2010 BERJAYA dianjurkan. Seluruh pengayuh/peminat MTB dari dalam mahupun luar negara datang menjayakan program ini.
Program ini adalah anjuran SIT bersama PDRM, Belia dan Sukan Daerah dan Pusat Khidmat Parlimen Parit P069. Tidak lupa ribuan terima kasih kepada sponsor kami MRCB Land dan UTP.
Semoga anda semua enjoy di SIMTBE2010....Zaaasssssssss




























Monday, January 18, 2010

Track Review For SIMTBEXP2010



Some facts from my garmin:
Distance: 48km (after 2km deducted from wrong road)
Total ascent/descent: 829 meter (645 -for BM MTB Carnival 2009)
Calories: 2460 (2339 – for BM MTB Carnival 2009)
Credit to Adi... plz refer http://adiharriman.com/blog/ our kosultan.

Saturday, January 9, 2010

Meeting SI MTB EXP

Pada 09/01/2010 bertempat di Dewan serbaguna IPD Perak Tengah, Kelab Seri Iskandar Team telah mengadakan mesyuarat kali ke-2 yang mana membincangkan program kayuhan Seri Iskandar MTB Exploration 2010. L/kurang 40 ahli hadir pada mesyuarat tersebut. Semua ahli SIT pada malam tst telah mendaftar sebagai ahli SIT yang sah....

Pengerusi SIT En. Zaidi sedang berucap. AJK2 SIT tahun 2009-2010.

Ahli-Ahli SIT yang hadir pada mesyuarat tst

Ahli2 SIT sedang mendengar taklimat program kayuhan SI MTB Exp 2010

Friday, January 8, 2010

Majlis Asura...

Pada 09/01/2010 Surau IPD Perak Tengah telah mengadakan program memasak bubur asura secara gotong royong. Pegawai dan anggota yang tinggal di kuarterts bergotong royong memasak bubur asura. Ketua Polis Daerah tidak ketinggalan hadir memeriahkan program ini.


Time makan tengahari....isi perut jap...pas tu pi kacau bubur lagi

Ketua Polis Daerah yang turut sama bergotong royong memasak bubur asura

Bubur asura sedang di masak secara gotong royong.

Kacau-kacau...kalau tak kacau hangit laks

Balai Polis Tronoh

Balai Polis Tronoh adalah antara balai Polis tertua yang masih beroperasi. Balai polis ini diwujudkan pada tahun 1906 iaitu semasa pemerintahan british lagi. Balai ini telah dimasukkan sebagai warisan dunia yang perlu dijaga dibawah UNESCO.


Permandangan tepi Balai Polis Tronoh

SM Zulkifli sebagai Ketua Polis Balai Tronoh sekarang

Senarai anggota2 BP Tronoh yang meninggal dunia semasa bertugas

Lokap BP Tronoh dibina menggunakan kayu yang di reka sangat unit.