Saturday, February 18, 2012

Bandar Seri Iskandar, Perak

Setelah pembukaan cawangan Pasaraya TESCO di Seri Iskandar, yang terletak di kawasan startegik iaitu di tepi jalan Ipoh-Lumut Bandar Universiti, telah berlaku perubahan yang sangat ketara terutama di dalam sosio ekonomi penduduk. Semakin ramai pelabur-pelabur dan ahli perniagaan datang merancakkan lagi ekonomi disini. Kalau dahulu penduduk terpaksa ke Batu Gajah dan Ipoh hanya untuk menikmati KFC dan Secret Resipi tetapi kini penduduk Seri Iskandar tersenyum lebar kerana perniagaan tersebut sudah ada di Seri Iskandar.

Begitu juga dengan hartanah. Harga sebuah rumah ataupun kedai melambung tinggi sehingga mengalahkan harga di Ipoh. Jangan terkejut sekira di Seri Iskandar kini, harga sebuah kedai pejabat 2 tingkat dijual dengan harga RM400k-600k. Malah kedai 3 tingkat berharga RM 700k-1 juta.....

Pelabur-pelabur sanggup membeli dengan harga yang tinggi kerana pelabur sangat yakin potensi yang ada di Seri Iskandar.....

Tunggu apa lagi kawan-kawan....jangan lepaskan peluang lubuk emas yang ada di depan mata ini...